A blog by PSS.
Pakcik Mawan.
Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.diampunkan Allah segala dosa di beri kebahagiaan dunia akhirat dijauhkan dari azab neraka Nya SAHABAT.. Tidak semua dalam siri kehidupan ini kita akan bersetuju dengan sahabat kita.Akan tiba suatu saat dan ketika kita pasti akan berselisih faham dengannya walaupun bukan itu yang kita mahukan.."Dan ingatlah sesuatu bahawa syaitan tidak suka kepada jiwa yang berkasih sayang"..Dari situ kita belajar cara mengatasinya.. π ππππβ€π€ *Menghormati pendapat* Semua orang boleh memberi pendapat .dan disiplin ilmu yg perlu semua orang ada adalah menghormati pendapat.menerima pendapat dan menghormati pendapat adalah dua perkara yg berbeza.tak semua pendapat kita orang boleh terima dan bukan semua pendapat orang lain juga kita tak boleh terima.kerana kita masing masing ada ilmu yg berbeza beza .kita semua ada manhaj yg berbeza beza .kita semua ada sumber rujukan yg berbeza beza kita semua ada guru guru yg berbeza kita semua ada murid yg berbeza kita semua ada tahap pelajaran yg berbeza dan kita juga ada tahap fikiran(IQ) yg berbeza.jadi belajar untuk menghormati pendapat orang lain.kita berhak untuk menerima pendapat orang lain dan kita juga berhak untuk tidak menerima pendapat orang lain.kerana tidak ada orang yg akan memaksa kita menerima pendapat orang lain.yg pastinya setiap pandangan dan pendapat yg kita dapat tentunya ada ilmu yg kita boleh pelajari dan mengambil ibrahnya jadi belajar untuk menghormati pandangan dan pendapat orang lain.Berlapang dada.bersangka baik dengan orang orang akan bersangka baik dengan kita jika kita menghormati orang insyaAllah orang akan melakukan perkara yang sama.π
A blog by John Pentas.
A blog by msinm
A blog by bas ting tong.
Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an *** *Nasihat pertama* Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf. *Nasihat kedua* Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan. *Nasihat ketiga* Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga. *Nasihat keempat* Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit. *Nasihat kelima* Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh. *Nasihat keenam* Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita. *Nasihat ketujuh* Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira. *Nasihat kelapan* Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan. *Nasihat kesembilan* Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya. *Nasihat kesepuluh* Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. Ψ§Ω Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§ΩΩΩ *Nasihat kesebelas* Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.. *Semoga bermanfaat*
In shaa Allah.
Stay very humble.
Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagiaan dunia akhirat dijauhkan dari azab nerakaNya *TUNTUTAN BERSANGKA BAIK SESAMA MAKHLUK* Mudah bagi kita, belum tentu mudah bagi orang lain. Sukar bagi kita, belum tentu sukar bagi orang lain. Allah SWT memudahkan kita melazimi solat berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid, sedangkan orang lain terpaksa menempuh banyak rintangan untuk melakukannya. Namun diketika lain, Allah SWT memudahkan orang lain untuk bersedekah puluhan ribu. Sedangkan sangat berat bagi kita untuk bersedekah walaupun hanya seringgit. Maka ingat, janganlah mengukur amal diri dengan amal orang lain. Apatah lagi merasa diri lebih baik. Serahkan penilaian itu kepada Allah SWT. Namun bermujahadahlah untuk menjadi seorang hamba yang sentiasa lebih baik dari sebelumnya. Sesungguhnya besarnya ganjaran pahala itu adalah bersama dengan beratnya ujian.π πβ€οΈπππ§‘ *KENAPA TAKUT UNTUK MEMBERI?* Kesedihan akan melanda apabila kita kurang memberi. Justeru, memberilah. InsyaAllah kegembiraan akan kembali menyinari hati kita. Memberi bukan hanya semata-mata dengan harta. Memberi juga dalam bentuk kata-kata yang baik, kemaafan, dengan masa, tenaga, senyuman dan juga doa. Jangan tunggu menjadi orang yang baik untuk memberi kebaikan tetapi berilah kebaikan untuk menjadi orang yang baik. π